Thursday 15 March 2012

Katak Puru




assalamualaikum....
nak dgr cite sal katak x?
al-kesah....tersebut la kesah. Pada zaman dahulu kala sebelum kita muncul, terdapat la perkampungan katak yang idup aman dan bahagia. Mereka idup ngn binatang2 yang laen gak seperti semut,belalang,rama2..monyet..beruk dan sebagainye. Mereka juga tinggal di suatu kolam yng bersih lagi indah yang dipenuh dengan pokok teratai yang bertaut dengan kiambang.

Didalam banyak-banyak katak dan haiwan yng laen itu, terdapat seekor katak yng sngat sombong dan bongkak. Dia juga sngat la riak dan takbur. Ini adalah kerana katak tersebut mempunyai kulit yang halus dan gebu...sebab selalu pakai losyen safi kot...huhuhu....Akan tetapi semua haiwan yang berada disitu tidak menyukainyer...



Pada suatu hari,manusia datang tuk membagunkan tmpt tersebut. Jadi banyaklah jentera2 yng berat seperti cekada cengkudu. Lalu hutan ditebang serta tanah diratakan. Semua haiwan bertempiaran lari kecuali katak yng sombong itu. Dia tidak mahu pindah kerana dia terlalu angkuh yang dia akan selamat dari ancaman manusia. Akibatnyer tggal lah dia sendirian di situ tanpa keluarga dan kengkawan...



Akibat dari tangan manusia. Tempat tersebut tercemar dengan hebatnyer. Kolam yang didudukki oleh katak tersebut kotor dan dipenuhi minyak serta bahan buangan seperti taik manusia.. hahaha. So,pada suatu ari katak tersebut jatuh sakit dan badannyr gatal-gatal maka di garu snhigga megerutu mengakibatkan parut. Maka dia dinamakan Katak Puru.

Akan tetapi. Dia ttap diterima dalam keluarganyer semula. Katak tersebut menjadi baek dan mendiri kan rumah tangga dengan seekor katak yang cun. Namun gen yang telah termutasi tidak brubah. Maka anak-anaknyer tetap mempunyai badaan yng menggerutu. Maka, terjadi lah ecosystem katak puru...

Pengajaran: Janganlah kite bersikap sombong, kelak akan rugi diri sendiri.


p/s: Ini  kisah dongeng sahaja yang pernah aku baca semasa darjah 3...dalam bas Perpustakaan Bergerak...Tapi pe yang aku rasekan semua kejadian adalah dari kuasa Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment