Sunday, 18 March 2012

Langkah Tercipta




Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Ini adalah separuh dari bait-bait lagu Langkah Tercipta dari UNIC. Memang dan sesungguhya dalam hidup ini banyak pekara yang mengecewakan aku. Tentang persahabatan, tentang keluarga dan juga tentang cinta. Kekadang aku merasakan hidup ini terlalu sukar untuk ditempuhi. Terlalu payah untuk aku bangun mengorak langkah. Bila aku usulkan pekara ini kepada teman baik, dia berkata,
               " Biasa lah...itukan norma kehidupan.., dia kena la kuat...jangan berputus asa..."

Bukanlah ingin berputus asa dengan hidup ini, namun terasa penat...dan adakalanya aku rasa tidak ada gunanya hidup lagi. Pernah juga aku kecewa yang teramat sangat-sangat disebabkan seseorang. Dan aku mengadu pada abang.

                " Abang, aku sedih lah..tak larat la cam ni...tak nak blajar da lah"...
                " Kamu ngape????? Tak payah la pikir menda laen...Time blajar, blajar je la. Dah lah, abang malas nak layan kamu dah..."
                "Aku cume nak bagitaw kat kamu je, kamu bukan nak bagi semangat kat aku...xpe la."
Abang jawab pulak
                "Kenapa???, selama ini abang tak pernah ke bagi kamu semangat??"


Hehe..memang dialah yang slalu bagi semangat kat aku..
                 "Abang, soalan periksa tadi susahlah. Aku dapat jawab separuh jer...huhu."
Dan acap kali jugalah dia slalu menjawab..
                "Ala, tak apa pun. Buat je yang terbaik. Doa kat Allah...Senang citer layan je lah..huhuhu."


Tapi sebenarnya, alangkah indahnya kalau aku mengadu pada Allah. Dia akan sentiasa mendengar. Dia juga akan sentiasa berada disisi aku walaupun apa keadaan sekalipun. Dan aku patut bersyukur dengan apa yang telah Dia aturkan kerana Dia adalah pengatur yang TERBAEK.

Alhamdulillah..baru sekarang aku sedar bahawa apa yang berlaku dalam hidup aku setiap itulah aku hikmahnya. Aku akan terus mengorak langkah untuk menuju kejayaan bukan sahaja di dunia malahan di akhirat.

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Moga langkah yang tercipta ini akan terus berjalan tanpa henti. InsyAllah. 




Thursday, 15 March 2012

Katak Puru




assalamualaikum....
nak dgr cite sal katak x?
al-kesah....tersebut la kesah. Pada zaman dahulu kala sebelum kita muncul, terdapat la perkampungan katak yang idup aman dan bahagia. Mereka idup ngn binatang2 yang laen gak seperti semut,belalang,rama2..monyet..beruk dan sebagainye. Mereka juga tinggal di suatu kolam yng bersih lagi indah yang dipenuh dengan pokok teratai yang bertaut dengan kiambang.

Didalam banyak-banyak katak dan haiwan yng laen itu, terdapat seekor katak yng sngat sombong dan bongkak. Dia juga sngat la riak dan takbur. Ini adalah kerana katak tersebut mempunyai kulit yang halus dan gebu...sebab selalu pakai losyen safi kot...huhuhu....Akan tetapi semua haiwan yang berada disitu tidak menyukainyer...



Pada suatu hari,manusia datang tuk membagunkan tmpt tersebut. Jadi banyaklah jentera2 yng berat seperti cekada cengkudu. Lalu hutan ditebang serta tanah diratakan. Semua haiwan bertempiaran lari kecuali katak yng sombong itu. Dia tidak mahu pindah kerana dia terlalu angkuh yang dia akan selamat dari ancaman manusia. Akibatnyer tggal lah dia sendirian di situ tanpa keluarga dan kengkawan...



Akibat dari tangan manusia. Tempat tersebut tercemar dengan hebatnyer. Kolam yang didudukki oleh katak tersebut kotor dan dipenuhi minyak serta bahan buangan seperti taik manusia.. hahaha. So,pada suatu ari katak tersebut jatuh sakit dan badannyr gatal-gatal maka di garu snhigga megerutu mengakibatkan parut. Maka dia dinamakan Katak Puru.

Akan tetapi. Dia ttap diterima dalam keluarganyer semula. Katak tersebut menjadi baek dan mendiri kan rumah tangga dengan seekor katak yang cun. Namun gen yang telah termutasi tidak brubah. Maka anak-anaknyer tetap mempunyai badaan yng menggerutu. Maka, terjadi lah ecosystem katak puru...

Pengajaran: Janganlah kite bersikap sombong, kelak akan rugi diri sendiri.


p/s: Ini  kisah dongeng sahaja yang pernah aku baca semasa darjah 3...dalam bas Perpustakaan Bergerak...Tapi pe yang aku rasekan semua kejadian adalah dari kuasa Allah s.w.t.

Monday, 12 March 2012

warna biru itu

aku merenung jauh 
melihat biru warnanya
bersama sang putih yang kian menghitam
aku mencari perbezaan 
diantara
dua
yang kini menghimpit dada
menjadikan aku sesak dalam bernafas

warna-warna jernih kian menampakkan diri
titik demi titik
adakah ini tanda tangisannya
gembira 
atau 
kecewa

warna biru yang aku lihat
bertukar gelap
mungkinkah akan kembali biru
atau akan terus gelap



Monday, 5 March 2012

Score A Program

^__^
assalamualaikum...
Ni nak cite pengalaman yang dihantui oleh kakak-kakak serta abang-abang Score A program.  Ya Allah! Pe la dugaan yang Kau berikan kepada ku ini...

Al-kisahnya...pada suatu hari, aku nak makan roti jala..kebetulan da pasar malam berdekatan dengn UniZA. Tapi, malangnya hajat aku tidak kesampaian lalu ku belilah apam balik..huahuahua...dengan air tebu.

apam balik...hoho

air tebu..hahaha



Aku balik dengan semangat nak makan lah..hehehe. Tiba je kat moto, ak lihat de sesuatu dalam raga moto. Sekeping kertas tentang 'PART TIME JOB'..

-minat dalam bidang perguruan dan komputer
-wagarnegara Malaysia
-berumur 18tahun ke atas
-mempunyai akaun FB
-gaji: RM800- RM 1000
-ambilan FEB hingga APRIL
-kerjasama KPT dan USM

Perghh..best tuh!!! Ak baru berfikir nak keje kat Hock Kee Seng je..(Pasaraya). Terdetik dalam hati "peluang nih...keje 2 bulan cukup la..boleh la lepas duit tambang balik umah ngn beli baju dinner tahunan nanti"

# 3hari selepas itu....

Tedetik dihati ingin menalefon cik ain 2...
so, dia ckp boleh jumpa malam ni..(Jumaat) dekat office dia bersebelahan dengan kedai Seven Eleven...

Jadi lepas isyak aku pergi lah...
Depan Pintu "E-DATA NETWORK"
So aku expect kerjanya menaip dokumen..ok lah 2 kan..rupanya, bile diterangkan oleh En. Sharul keran Cik Ain tidak dapat datang disebabkan terlibat dalam kemalangan....Kerja menjual Score A Program. Jadi ejen MLM..Multi Level Makerting...HOHOHO

Aku bagilah banyak alasan...sehinggakan ak terpaksa menipu...hurmm.nak buat cam mane..Aku terpaksa. Senang je dia ckp..g seminar then daftar. hujung bulan dah dapat pulangan..Simple je kan..
Tapi apa yang buat aku berat hati adalah disebabkan aku merasa ragu tentang bisnes ini, aku merasakan aku ini menipu orang sahaja dengan mengajak mereka masuk MLM ni. Entahlah...walaupun niat di Hati ingin memcapai matlamat hidup yang tinggi melangit..
Then, sampai sekarang ni diorang asyik msg ngn tepon ak je..suh masuk gak...
mintak maaf la...I'm not that person...



Pesanan buat mak ngn abah...adik akan usahakan duit dengan yang tidak diragui untuk kite semua g HAJI..
insyAllah..mak ngn abah doakan adik berjaya dan memdapat kerja yang bagus...^__^